Saturday, 20 April 2013

Diapers & susu baby murah di Putrajaya

Sebelum ni Babah dan Bunda beli barang2 keperluan Aryan di Mydin/Carrefour atau bila ada promotion. Lately, kitorang beli di Pasaraya 99 Speedmart sebab lebih murah. Tapi baru-baru ni found out harga di Pasaraya Borong Darussalam, Presint 9 lebih murah lagi.

Perbandingan harga seperti berikut:

Anmum Infacare Step 1
1. *****four  +/- RM 52.90
2. **din +/- RM 51.90
3. 99 *****mart +/- RM 48.90
4. Darussalam +/- RM 46.90

PET PET M80s
1. *****four  +/- RM 36.90 (promotion +/-RM 31.90)
2. **din +/- RM 36.90 (promotion +/-RM 31.90)
3. 99 *****mart +/- RM 33.90 (harga konsisten sepanjang masa)
4. Darussalam +/- RM 31.99


Lagi satu, minyak YuYi Cap Limau saiz besar di Pasaraya 99 Speedmart lebih murah, RM 8.90. Kat tempat lain biasanya RM 12.++. Sama-sama kita kongsi info untuk lebih penjimatan ye!


Kampung Sega vs. Kampung Sagga, Rantau, Negeri Sembilan


Semalam Babah dan Bunda plan nak gi Library UiTM, kononnya nak cari buku rujukan untuk siapkan tesis Bunda. Turned out, Library UiTM tak buka sebab cuti mid-semester. Jadinya, Babah dan Bunda ajaklah Mak gi jalan-jalan Seremban (Babah ajak Mak gi cari kawan lama mak..hehe). Sempatlah kitorang gi ziarah Baby Zara, anak kawan Bunda di Paroi.

Kemudiannya, pencarian rumah kawan Mak bermula. FYI, Cik Ana ni kawan sebilik Mak masa belajar di Institut Pertanian Serdang (1971-1974). Last jumpa 13 tahun lepas masa kebetulan kursus sekali. Waktu tu Cik Ana ada bagi alamat rumah & no. phone. Tapi mak dah misplaced alamat CIk Ana, no. phone pulak dah tak digunakan.

Jadinya, kitorang just cuba-jaya based on memori Mak (Mak cakap kalau tak salah Kampung Saga, Jalan Siliau). Ada rezeki ada lah. 

Persediaan: Tablet + Internet untuk browse Google Maps.

So kitorang pergi la dari Kampung Sega Hulu sampai ke Kampung Sagga. Jumpa orang je Bunda tanya "Makcik tau tak rumah Cik Ana, katanya rumah depan masjid". Tapi jawapan semuanya menghampakan. 

So kitorang decide untuk cuba kali terakhir, kalau tak jumpa jugak kitorang balik tangan kosong jela. Alhamdulillah, akhirnya ada orang kenal Cik Ana ni dan tunjukkan arah ke rumahnya. Rupanya orang tempatan pronouncing Kampung Sega sebagai 'Sogoh'. Maknanya ejaan Saga yang sebenar adalah Sagga. 

Nasib baik Cik Ana ada kat rumah. Terkejut dia tengok Mak datang, mulanya dia ingatkan orang politik, maklumlah musim-musim PRU ni.



Saturday, 6 April 2013

Project painting & embroidery

Morning!!! ahad ni Bunda & Babah tak ada plan nak pergi mana2,, Babah qada' tidurnya yang tak cukup,,buah hati bunda Ahmad Aryan tidur lepas mandi tadi..so mudahlah Bunda siapkan kerja2 Bunda..pagi2 lagi Bunda dah bangun siapkan breakfast Babah plus mengemas rumah sekali (rasa mcm superwomen sgt..hehe)....

So sekarang bolehlah Bunda sambung buat project thesis Bunda :))



Ram,,brush,,color,,embroidery..painting...My passion


Buaian elektrik yang memudahkan Bunda,,Aryan pun tido lena n lama....TQ Babah belikan..

ICT di Teluk Ketapang

Laparnya perut Babah malam-malam ni, teringat kat ICT di Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. FYI, ICT tu stand for Ikan Celup Tepung. 

Zaman student dulu, Babah selalu gak lah lepak kat ICT ni. 3 tahun Babah belajar kat sini, ICT antara makanan favourite. Kat Teluk Ketapang ni memang banyak kedai ICT tapi biasanya Babah akan pergi Kedai Pak Awang ni (Harap-harap Pak Awang tak marah Babah post gambar kedai dia kat Tales of the Fairy..hehe)


Antara makanan favourite Babah adalah sotong & udang celup tepung serta cucur jemput-jemput (cekodok..kata orang selatan).  


Setiap kali singgah di Kedai Pak Awang, Babah pasti akan turut order minuman terbaik sepanjang zaman iaitu 'Nyiur Aiskrim' atau air kelapa yang ditambah ais krim dan sedikit coklat. 


ICT di Teluk Ketapang adalah antara tempat makan terbaik bagi Babah. Kalau ke Kuala Terengganu, Babah pastinya mencuri sikit masa untuk ke Teluk Ketapang. 

3...2...1...Action!!!

Ini merupakan post pertama Blog Tales of the Fairy. Blog ini akan dikendalikan bersama oleh Bunda dan Babah Ahmad Aryan bagi merakam kisah suka duka  kami sekeluarga. 

First of all, Introducing Babah...



Next, Bunda...



Dan buah hati kami, Ahmad Aryan...


Kami harap blog ni akan dikunjungi oleh sahabat-sahabat serta blogger-blogger lain. Kepada para blogger di luar sana salam perkenalan kami ucapkan.