Laparnya perut Babah malam-malam ni, teringat kat ICT di Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. FYI, ICT tu stand for Ikan Celup Tepung.
Zaman student dulu, Babah selalu gak lah lepak kat ICT ni. 3 tahun Babah belajar kat sini, ICT antara makanan favourite. Kat Teluk Ketapang ni memang banyak kedai ICT tapi biasanya Babah akan pergi Kedai Pak Awang ni (Harap-harap Pak Awang tak marah Babah post gambar kedai dia kat Tales of the Fairy..hehe)
Antara makanan favourite Babah adalah sotong & udang celup tepung serta cucur jemput-jemput (cekodok..kata orang selatan).
Setiap kali singgah di Kedai Pak Awang, Babah pasti akan turut order minuman terbaik sepanjang zaman iaitu 'Nyiur Aiskrim' atau air kelapa yang ditambah ais krim dan sedikit coklat.
ICT di Teluk Ketapang adalah antara tempat makan terbaik bagi Babah. Kalau ke Kuala Terengganu, Babah pastinya mencuri sikit masa untuk ke Teluk Ketapang.



No comments:
Post a Comment